Friday, 22 March 2013

Renungan - Iman dan Takwa



Islam itu indah... Benar, tetapi ia bukan sekadar di atas kata-kata semata-mata. Sebaliknya Islam perlulah diamalkan, barulah kita akan merasai nikmatnya beragama.



Bukan sekadar cakap Islam tu indah, Islam tu indah.. Tapi bile suruh berpuasa, kata "Aduhh... aku gastrik ni!", atau bila disuruh solat, "Aku sakit.. Camne nak solat? Dah tentu Allah paham akan keadaan diriku yang lemah ini." Adehh letih layan orang yang beralasan sebegini. Macam mana nak tahu keindahan Islam kalau belum apa-apa lagi dah complaint macam-macam, atau sentiasa beralasan. Tambahan plak, kita ni sentiasa mengambil bahagian-bahagian syariat yang kita suka aje.. Contohnya berpuasa sebab kalau berpuasa berlapar, nikmatnya adalah makan makanan yang dibeli di bazaar Ramadhan, tetapi dalam masa yang sama tak solat.. Nauzubillah...

Ambillah Islam tu keseluruhan, janganlah hanya mengambil separuh-separuh. Kalau ambil separuh-separuh, macam mana nak menikmati keindahan Islam? Macam mana nak merasai nikmat beragama?

Di dalam komik ni, kopiah dan jubah tu contoh yang mudah aje, sebab orang selalu kutuk benda ni. Kopiah dan jubah tu sunnah, tanda cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sunnahnya. Bayangkan apa perasaan kita bila pakai kopiah dan jubah? Tak boleh bayangkan? Kalau tak boleh, cubalah secara praktikal pula.. Rasai keindahannya sendiri...

Namun, ia hanya akan berhasil kepada orang-orang yang 'hidup' hatinya. So terpulang kepada hati masing-masing. Mesej ini tidak terhad kepada sunnah memakai kopiah dan jubah sahaja, tapi merangkumi kesemuanya syariat yang Islam datangkan kepada kita. Pokok pangkalnya, berbalik kepada diri sendiri. Ubah fikiran, jadilah insan yang menerima Islam dengan sepenuhnya. Ok?

No comments:

Post a Comment