Friday, 22 March 2013

Tazkirah - Janji Kita Kepada ALLAH S.W.T.

Kita lupa yang kita ni pernah berjanji taat setia kepada Allah di alam roh suatu ketika dahulu. Tetapi bila kita diutuskan ke dunia, kita lupa kepada janji2 kita kepada Allah. Buktinya? Ada di dalam Al-Quran, tercatit dengan jelas, terang dan nyata.

Di dalam surah Al-A'raf, ayat 172 Allah menyatakan,

" Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini."


Apa yang nak di katakan disini ialah bahawa hakikatnya kita semua mengaku tidak ingat langsung tentang keadaan kita di alam roh apatah lagi kita boleh berkata-kata untuk melafazkan janji semasa di alam 'sana'. Wallahua'lam, Allah lebih Mengetahui. Tapi Allah sudah pun mengingatkan kita menerusi ayat tadi yang termaktub di dalam Al-Quran.

Tapi, inilah FITRAH kita sebagai manusia hidup di muka bumi Allah ini. Di dalam diri kita, terikatnya kalimah La'ila ha'illallah. Tidak ada manusia yang dilahirkan sebagai Kristian, Yahudi atau Majusi melainkan mereka dilahirkan secara fitrahnya adalah mentauhidkan Allah semata-mata, yakni Islam. That's why kalau ada orang kafir yang memasuki Islam, kita panggil dia 'divert', bukan 'convert' kerana hakikat mereka itu adalah fitrahnya Islam. Bahkan sebenarnya, ibu bapa atau penjaga merekalah yang menjadikan mereka ini Majusi, Nasrani dan Yahudi. Nauzubillah..

Dalilnya, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang anak yang dilahirkan kecuali mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapalah yang mengyahudikan mereka, mengkristiankan mereka dan memajusikan mereka ..” ((Diriwayatkan muttafaqun ‘alaih daripada Abu Hurairah RA. Bukhari, no. 1358 dan Muslim, no. 22)) Sekiranya kita mengambil masa untuk merenung hakikat ini dengan sebaik-baiknya, pastilah kita akan mendapat kesedaran bahawa betapa pentingnya kita menyeru kepada golongan non-muslim untuk mentauhidkan Allah yang Maha Pencipta. Sesungguhnya mereka berada di dalam kesesatan yang nyata.

Jadi, apakah tugas kita sebenarnya di muka bumi Allah ini?
Kenapa ada orang kafir dan kenapa ada orang Islam?
Kenapa wujudnya banyak budaya yang sebahagiannya baik dan sebahagiannya lagi sesat?
Ini semua adalah ketentuan Allah untuk menunjukkan betapa luasnya ilmu Allah sebagai Tuhan Sekalian Alam.
Kepelbagaian sesuatu yang ada di muka bumi ini menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah yang Maha Besar.
Subhanallah. Jadi, apa tugas kita sebenarnya di muka bumi Allah ini? Twice question...

KHALIFAH...
Ya, itulah tugas kita, yakni sebagai khalifah dibumi.
Betapa kita sebagai manusia ini patut menjadikan kepelbagaian ini supaya mentauhidkan satu zat yang Maha Agung yakni Allah. Maka kits umst Islam yang sudah menyedari 'fitrah' kita ini wajiblah untuk memberitahu kepada mereka yang masih tidak sedar akan hakikat fitrah mereka itu.
Benar, tugas ini bukannya mudah. Para Nabi terdahulu ada yang berdakwah beratus-ratus tahun tetapi hanya seorang dua sahaja yang mahu mentauhidkan Allah. Gagalkah mereka? Tidak, sebaliknya mereka itu adalah umat yang degil dan tidak berkembangnya umat yang menyeru mentauhidkan Allah seperti zaman sekarang. Di era yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi internet dan komunikasi yang pesat, keadaan sudah menjadi semakin mudah bagi kita untuk menyebarkan Islam. Subhanallah, kita dapat banyak bukti bagaimana ramai non-Muslim 'divert' kepada agama Islam hanya kerana penyebaran Islam menerusi internet, cd, kuliah dan sebagainya, menunjukkan betapa mudahnya mereka masuk ke dalam Islam setelah ditunjukkan betapa indahnya Islam.

Kita sedar, keindahan yang ada pada Islam itu sebenarnya adalah 'fitrah' kepada kita. Masih banyak yang belum kita sedar mengenai hakikat kehidupan kita ini. Kita masih belum mengetahui apakah hikmah disebalik setiap syariat yang Allah perintahkan kepada kita itu sebenarnya adalah 'ngam' kepada diri kita sebagai manusia. Erm, macam mana nak tahu akalu kita tak belajar? Semuanya ada di dalam Al-Quran, lengkap, malah disandarkan lagi dengan hadith2 yang menerangkan tentang ayat-ayat Allah, bagi jelas untuk umat faham...Walhasil, apa saja yang daripada Allah itu adalah baik, dan Allah tidak membebankan kepada manusia dengan bebanan yang berat dan menekankan. Setiap sesuatu itu sesuai dengan diri kita sebagai manusia.

Teringat kata-kata seorang guru, bahawa hidup kita ini sejak kita masih berada di dalam keadaan janin lagi, Allah sudah memantau kita.

Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).

Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

Lihatlah, daripada hadis ini dapatlah kita mengetahui bahawa Allah sememangnya sedang memantau kita sejak azali lagi. Allahurobbi, nak menciptakan kita pun memerlukan banyak proses, bukan sekadar proses kejadian manusia sahaja, tetapi juga bagaimana malaikat diperintahkan oleh Allah turun naik untuk menjawab persoalan2 Allah dan memberi 'report' akan kejadian manusia selama 9 bulan 10 hari di dalam kandungan ibu.
Sebagaimana Allah memantau proses kejadian kita inilah hakikatnya betapa Allah cukup teliti untuk mencipta seorang khalifah dimuka bumi Allah ini. Itu baru seorang, dari berjuta tahun dahulu diciptakan manusia, berapa ramai manusia yang telah Allah cipta? Lahirnya kita ke dunia, kita lupa semua itu, kita lupa untuk apa kita dijadikan, kita lupa siapa Allah! Hakikatnya, setiap penciptaan itu amatlah mudah bagi Allah, Allah cuma nak beritahu kepada manusia betapa pentingnya dan mulianya kita disisi Allah, tapi kita ini masih nak menjadi makhluk yang menyusahkan orang dan melakukan kerosakan di muka bumi Allah...

Lupakah kita kepada fitrah kita?
Adakah sebarang penciptaan yang Allah terangkan cukup 'detail' melainkan penciptaan manusia yang diutuskan sebagai khalifah di bumi? Mana ada agama lain yang boleh menerangkan dengan cukup detail tentang itu?

Tiada paksaan dalam beragama...
Apakah maksudnya itu? Maksudnya, tiada paksaan untuk menganuti agama Islam, ia ditujukan kepada orang kafir.
Orang-orang yang beriman WAJIB menuruti perintah Allah, itu nampak seperti paksaan tapi sebenarnya itu adalah FITRAH kehidupan manusia sesuai dengan syariat sebagai panduan kehidupan manusia.
Sekalipun kita tidak boleh memaksa orang-orang kafir untuk menerima Islam, kita tetap perlu menyeru mereka dengan seruan mentauhidkan Allah... Mesti kita terfikir, kenapa kita tak boleh paksa mereka, padahal kita tahu mereka yang ingkar dan menolak untuk mentauhidkan Allah itu balasannya adalah duduk di dalam neraka selama-lamanya? Bukankah kalau kita paksa bermakna kita sebenarnya sedang menyelamatkan mereka?

Tidak. Bukan setakat itu pada akal kita. Beriman kepada Allah mestilah memerlukan satu pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Apa akan jadi kalau mereka dipaksa, kemudian apabila mereka memahami bahawa dalam beragama itu tidak ada paksaan bermakna mereka boleh keluar masuk ke dalam agama islam sesuka hati mereka, bukankah itu boleh menjadi fitnah kepada agama Islam?
Orang Islam yang beriman HARAM keluar daripada agama Islam. Yang keluar, murtad/kufur hukumnya... Nauzubillah...

Maka oleh sebab itu, kita patut teruskan menyeru mereka ke arah jalan yang benar, gunakan ayat2 Allah yang menepati fitrah mereka sebagai hamba Allah...

Kita yang sudah beriman, ambillah langkah-langkah yang patut dilakukan untuk meningkatkan lagi iman kita..

Cukup setakat ini admin memberikan pandangan berdasarkan apa yang admin tahu.
Bagi admin, betapa pentingnya dakwah sesama kita disamping saling menyampaikan ilmu-ilmu yang baru diketahui hasil 'pembedahan' daripada isi-isi Al-Quran dan hadith. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas, dan ilmu Allah itu mampu meningkatkan iman kita asalkan kita beriman dan mengamalkannya. Ilmu tanpa amal, tiada gunanya. Dengan ilmu, kita mampu menarik pelbagai golongan untuk mendekati dakwah. InsyaAllah...

Ingatlah, kita semua pernah berjanji dengan Allah suatu ketika dahulu, bahawa hanya Allah Tuhan kita. Tiada yang lain melainkan Allah.

Wallahualam...

Renungan - Iman dan Takwa



Islam itu indah... Benar, tetapi ia bukan sekadar di atas kata-kata semata-mata. Sebaliknya Islam perlulah diamalkan, barulah kita akan merasai nikmatnya beragama.

Renungan - Nasihat Untuk Bertaubat


Kadangkala ingin sekali balik ke masa lampau untuk menasihati diri sendiri yang dahulu supaya jangan buat kemungkaran, jangan melakukan dosa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri, dan supaya tidak melakukan apa saja perkara yang boleh membuatkan diri kita menyesal di kemudian hari...


Tetapi, bila kita fikirkan akan ketetapan yang telah Allah tetapkan untuk kita, kita diberi masa MULAI SAAT INI, untuk kita manfaatkannya bagi masa yang akan datang yang mana ketetapan itu ialah kita tidak boleh mengundurkan masa atau mencepatkan masa. Ia adalah suatu perkara yang mustahil untuk seorang manusia biasa seperti kita untuk lakukan sesuatu seperti itu.

Tazkirah - Segerakan Kahwin


Berkatalah benar walaupun pahit...

Ada 3 perkara yang perlu disegerakan.
Daripada Saidina Ali Abu Talib .r.a,

Sabda Rasulullah saw,

ثلاثة يا على لا تؤخرهن : الصلاة إذا أتت , والجنازة إذا حضرت , 
ولأيم إذا وجدت كفؤا 

Maksudnya : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan. Yang pertama apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Siapa Lelaki Dayus ?



Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

DAYUS menurut seorang Ustaz, dipetik dari sebuah kuliah agamanya dari Youtube.

" Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Taubat dan istiqamah sebelum tidur


*malam ni kita semua boleh cuba, sekiranya tidak memberatkan bagimu. Mudah-mudahan kita akan terus beristiqamah...

Sebelum melelapkan mata, cubalah kita imbas semula apa yang kita lakukan sejak daripada bangun pada waktu Subuh sehingga masuk tidur, dari segi urusan dengan:

-hablumminallah; hubungan dengan Allah.
-hablumminannas; hubungan dengan manusia.



Peringatan - Masa Lalu, Masa Akan Datang


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya: