Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan ya
ng
mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para
syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan
mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah!
Beritahulah kami siapakah mereka? Jawab Rasulullah: Mereka itu golongan
yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan
dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya
wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka
tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika
manusia berdukacita. Lalu baginda membaca ayat al-Quran (maksudnya):
Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan
tidak pula mereka berdukacita. (H.R. Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis: Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain. (H.R. Muslim)

No comments:
Post a Comment